Nak kata dah kawin
rasanya belum lagi
bila tanya bila nak kawin
ntah..tak tau lagi
perangai mengalahkan orang dah kawin
berkepit sana-sini
padahal bukan muhrim
ikut trend masa kini
heran..pegang tangan tak takut dosa ker?
berpeluk-peluk tak tau malu ka?
tak kasihan mak bapak ker?
hantar suruh belajar, kau buat leka
nak kata tak belajar agama
kecik-kecik mak bapak hantar
sekarang nak salah siapa kalau buat dosa
sendiri bangang coz tak ikut apa diajar
belajar tinggi sampai orang gayat
tapi tak amal sepanjang hayat
Islam tu kan penyelamat
bila nak amal..tunggu sampai jadi mayat?
sana sini buat wayang
orang tengok naik bengang
itu belum rumput kat padang
kalau hidup sure kena terajang
dulu masa single OK jer
skang masa couple banyak lak buat dosa
bila orang tegur buat derk jer
apa kulit dah tebal nak masuk neraka?
bila kena tangkap khalwat
buat muka jadi kelat
malu mengalahkan ikan jelawat
tambah muka penuh jerawat
masa buat tak tau malu
ikut sangat telunjuk nafsu
buat maksiat tak segan silu
sekarang lagu mana..susu dah jadi keju..
suruh sembahyang..nanti..nanti..
boyfriend/girlfriend telefon terus pergi
nak bersyukur atas nikmat Allah tak reti-reti
boyfriend/girlfriend yang bagi bunga sekuntum dipuji-puji
yang awang ni pun sama
suruh gi masjid nak bawak awek sama
mana taknya dah janji hidup bersama
sampai solat Jumaat pun nak dikerjakan bersama
kesudahannya hari Jumaat
orang sibuk solat
dia shopping bukan main ligat
layan awek sampai penat
Kalau diri dah gatal sangat
kahwin jer cepat-cepat lagi selamat
ni couple xder matlamat
saja jer penuhi syarat
Orang couple dia ikut sama
tak sedar diri tu papa kedana
papa ilmu papa agama
macamana 'bercinta cara Islam ' itu nak dijana
bukan mengata bukan mengumpat
sapa suruh buat wayang tak bertempat
bila tak suka diri diumpat
jangan buat benda tak tepat
p/s: jgn trase yep... sesiapa makan cili dia yg terasa pedasnya... * sowie!
Tuesday, September 29, 2009
Seloka Sindiran Pedas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 KOmen:
Post a Comment