BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 3, 2009

life


Diri terasa jauh…

Jauh dari dunia nyata…

Sendirian…

Mengatur langkah…

Banyak yang dikorbankan…

Banyak yang ditinggalkan…

Banyak yang dilepaskan…

Banyak yang dilupakan…

Dalam perjalanan mencorak kehidupan…

Diri terasa sedih..sayu..sepi..sakit…

Baru tersedar…

Hidup tidak lagi…

Bergantung pada orang sekeliling…

Berdiri dengan kaki sendiri…

Memang terasa berat…

Tak terpikul beban ini…

Dulu seorang yang tabah…

Tidak kisah dengan sekeliling…

Tidak mudah didekati…

Tidak mudah membaca isi hati ini…

Sukar berkogsi perasaan…

Tika bersama keluarga…

Tika bersama teman…

Diri terasa bernyawa…

Diri terasa berjiwa…

Tapi masih berselindung…

Mengapa..???

Kemana hilangnya diri..???

Itu masih menjadi persoalan hidup…

Belajar menjaga hati orang…

Lupa pada perasaan sendiri…

Sehingga terluka diri…

Kenapa dilayan sangat perasaan ini..???

Memang makna hidup telah dilupakan…

Semangat untuk meneruskan perjuangan hilang…

Berhari-hari diri bertanya mengapa…

Mungkin ada yang terasa perubahan diri…

Cuba menjauhkan diri…

Bukan itu niat sebenar…

Tetapi inginkan ruang untuk berfikir…

Asyik tersentuh hati…

Bukan salah sesiapa…

Tetapi diri…

Tidak tahu apa yang diinginkan dalam hidup…

Terasa penat..letih..bosan…

Cuba melekakan minda…

Tapi hati masih berduka…

Banyak yang dipendam…

Apabila ditanya…

Sukar untuk berkata-kata…

Perubahan berlaku…

Diri masih belum bersedia…

Tapi itu kehidupan…

Perubahan berlaku dalam setiap individu…

Bersedia atau tidak…

Masa berjalan…

Perubahan tetap berlaku…

Terkapai-kapai seorang diri…

Ingin berkongsi…

Tapi tiada siapa…

Mengapa..???

Ketika diperlukan…

Semua menghilang…

Terasa sendirian…

Ketika itu diri belajar untuk berdikari…

Tidak perlu mengharapkan orang…

Lakukan segalanya sendiri…

Telah menjadi kebiasaan kini…

Jauh sudah perjalanan…

Tiada kesudahan…

Mungkin bersendirian lebih baik…

Tidak mengharapkan apa-apa…

Hanya menjaga perasaan sendiri…

Dan tak bergantung harap pada orang…

Keluarga dan teman…

Mewarnai kehidupan yang kosong…

itu sudah memadai…

Tiada penutup untuk penulisanku…

Kerana masih jauh perjalananku…

-bersambung-

0 KOmen: