Siapa pencipta nasi lemak? Ya memang misteri. Tiada maklumat ditulis tentang siapa pencipta sebenar nasi lemak. Apakah Alfonso Albuquerque, Sultan Mansur Syah ataupun Hang Li Po.
Jika disandarkan kepada nama 'nasi lemak', maka Melayulah pemegang hak cipta makanan warisan ini.
Tapi berdasarkan teori aku, nasi lemak dicipta oleh orang Cina ataupun Cina peranakan iaitu Baba dan Nyonya. Sebabnya di Malaysia, kita mesti nak kena makan nasi lemak guna sudu atau camca. Kalau tak guna sudu/camca, rasa macam tak kena, macam dah melanggar tertib makan nasi lemak.
Pendapat aku, kalau masakan itu asal ciptaan Melayu, ia mesti dimakan guna tangan. Contohnya nasi campur, nasi dagang dan nasi kerabu.Sebabnya orang Melayu mula pandai makan pakai sudu selepas datangnya pedagang-pedagang Cina. Ini diambil berdasarkan perkataan camca yang berasal daripada bahasa Cina. Kenapa perkataan camca dan bukan sudu?
Dalam bahasa utara (Kedah, Perlis, Pulau Pinang), sudu dan camca merujuk kepada objek yang sama. Dan kerana Kerajaan Kedah Tua mempunyai latar sejarah paling tua di Semenanjung Malaysia, maka perkataan camca dijadikan rujukan dalam kes ini.
Ok. Teori kedua. Nasi lemak boleh jadi berasal dari Indonesia. Di sana, ia dikenali sebagai nasi uduk. Dan aku syak resepinya dimahsyurkan di Tanah Melayu oleh Baba Nyonya atau pedagang Cina yang berdagang ke semenanjung.
Resepi nasi goreng juga berasal dari Cina dan nasi goreng pertama di nusantara (aku rasa) adalah nasi goreng Cina. Sebabnya sama juga, kerana kita akan nasi goreng mesti guna camca. Dan kerana tidak mahu kalah dalam resepi nasi goreng ini, chef-chef nusantara bangkit mencipta nasi goreng ala nusantara yang kini diberi nama nasi goreng kampung. Kedua-dua nasi goreng itu kekal menjadi resepi warisan tanah air sebelum nasi goreng mamak ciptaan India Muslim masuk dalam senarai nasi goreng Tanah Melayu.
Tapi siapa pula pencipta nasi goreng USA?
Perghh.. Makin komplikated. Rasa-rasa Cef Wan boleh jawab tak?
Wednesday, August 5, 2009
PenCipta nAsi lomAK???!~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 KOmen:
Post a Comment